Sunday, December 20, 2009

Curious kids need to be tough inside

Sebagai ibu..kita risau kan..di mana-mana saja, rasanya ada bakteria..takkan nak sterilize satu umah..kalo bermain diluar rumah, apatah lagi. Kanak-kanak yang aktif perlu membesar dengan sihat dan kuat.


Sememangnya sifat ingin tahu ialah sifat semula jadi setiap kanak-kanak. Mereka gemar meneroka dengan bebas. Lazimnya mereka akan menyentuh setiap benda yang dilihat, merasa semua benda yang dipegang. Sukar untuk kita sebagai ibu bapa mengawal pergerakan mereka 24 jam. Ye lah, sebagai ibu bapa, kita semestinya risau jika anak kita mendapat sebarang kesan buruk sekiranya mereka tidak dikawal.
Seperti kanak-lain, Rayyan sememangnya aktif dan tak boleh duduk diam, tengok saja lah aksi-aksi Rayyan. Sememangnya sebagai ibu, saya juga risau akan perkembangan sistem tubuh badannya tetapi Saya percaya sistem imuniti yang kuat akan membantu mereka untuk membesar dengan sihat dan aktif.

WHY IMMUNITY IS IMPORTANT

Tidak semestinya dengan menghalang anak-anak bermain di luar rumah, mengelakkan anak-anak dari terkena kuman dan virus, akan membantu anak-anak kita hidup sihat dan aktif. TANGGAPAN INI SALAH. Sebenarnya dengan tindakan itu akan melemahkan sistem kekebalan. Kerana apabila mereka terkena kuman, bakteria atau virus, Sistem tubuh badan mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria yang jahat. Oleh itu, jangan lah bimbang sekiranya mereka bermain dengan bebas di luar rumah, kerana ini akan membantu proses tumbesaran dan membina imuniti yang kuat.

Alergi dan Sistem Imun

Sistem imun anak anda akan melindungi tubuhnya dari penyakit, tetapi sekiranya mereka ada sebarang alergi terhadap sesuatu benda seperti debu, bunga dan sebagainya. Mereka mungkin akan bersin, gatal dan sebagainya. Sebagai ibu bapa kita perlu peka dan perlu mengawasi anak kita semasa mereka bermain.

Merangsang Sistem Imuniti

Sistem imuniti tubuh kanak-kanak perlu dirangsang untuk kanak-kanak membesar dengan sihat, biarkan mereka bermain dengan bebas kerana sistem imuniti mereka yang akan menentukan persekitaran itu baik atau tidak.

Penyusuan dan Sistem Imuniti

Susu ibu adalah yang terbaik dan dapat membekalkan imuniti sementara. Ini dapat membantu sistem imuniti pada tahun-tahun awal mereka membesar


TIPS BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU MEMBINA SISTEM IMUNITI KANAK-KANAK

1. MAKANAN BERKHASIAT YANG SEIMBANG



Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang dan pelbagai seperti;

KARBOHIDRAT- Nasi, roti & mi untuk TENAGA
PROTEIN- Susu, tel
ur & daging
VITAMIN, MINERAL & FIBER- Sayur-sayuran & Buah


*pengambilan gula, garam, lemak & makanan segera perlu dikurangkan



2. EXERCISE DAN REHAT


Exercise boleh merangsang sistem imuniti anak anda, exercise yang ringkas seperti bermain sa
mbil menghirup udara yang segar, berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman.

Kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran yang tidak sihat, boleh menjadikan mereka stress, murung. Ini boleh memberikan kesan negatif kepada sistem imuniti mereka. Jadi, luangkan lebih masa untuk anak anada berehat, bersantai dan yang paling penting, mereka mendapat tidur yang cukup kerana pada masa mereka tidur, tubuh dan minda mereka dijana, diperbaiki dan diperbaharui.

3. KASIH SAYANG DAN GELAK KETAWA

Luangkan masa yang berkualiti bersama anak anda seperti melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama mereka seperti membaca, menyanyi dan bermain bersama-sama. Perasaan disayangi ini akan membantu menguatkan sistem imun mereka. Jadi sentiasa berikan pelukan dan ciuman kepada anak-anak anda kerana sentuhan fizikal membantu mereka untuk lebih sihat

4. MENTAL STIMULATION



Galakkan anak anda bermain dengan permainan yang merangsang minda seperti puzzles, music, educational games yang boleh membantu membina daya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah

5. KEBERSIHAN


Latih anak anda untuk menjaga kebersihan. Contoh yang mudah, sentiasa latih mereka untuk membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas menggunakan tandas. Ajar anak anda cara yang betul untuk menggosok gigi. Dengan menjaga kebersihan, kita boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. IMUNISASI


Imunisasi adalah cara yang berkesan untuk melindungi anak anda dari dijangkiti wabak penyakit. Beruntungnya kita di sini, bila bayi dilahirkan, kita akan dibekalkan dengan jadual imunisasi yang perlu diambil mengikut tahap umur dan jenis imunisasi. Jadi, jangan lupa ikut jadual yang telah diberikan. INGAT, Jangan ambil mudah perkara sebegini kerana ia akan membantu anak anda dari dijangkiti penyakit berbahaya.

SIHAT DAN AKTIF

  • Anak yang aktif dan ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup sihat, bermakna anda sekeluarga sihat dan aktif.

  • Amalkan gaya hidup yang sihat dan sayangi anak anda

  • Sentiasa melakukan aktiviti bersama anak anda dan biarkan mereka bermain dengan bebas di luar rumah. (bebas bukan bermakna tanpa pengawasan, anak-anak perlu di awasi !)

  • Aktiviti ringkas seperti bersiar-siar di taman, berbasikal, berenang sekurang-kurangnya sejam seminggu boleh membantu anda sekeluarga hidup sihat.

An Active child, achieves more. Selain dari hidup sihat, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan.



9 comments:

Eyriqazz said...

wah2,good one..Hope u will get an invitation..I already received mine...

sumijelly said...

wah...lengkap dgn onformasi dg bergmbr lagik...
semoga terplihi ke Family Day tu yek..
nanti jumpa sumi tegur2 la yek..
salam kenal..

strawberi said...

eyriqazz n sumi..tq..tq..seminggu dok draft..ni br siap..hihi
harap2 dpt pi family day..leh kita jupe2 sume..bestlah korg submit awal..dh dpt invitation ..me..donno yet lg dpt tak..huhu

Ninie Fairuz said...

nice one beb! aku tak reti bab2 gambar lah..tringin gak nak wat enry cam ko tuh..hopefully ko terpilih! chaiyok! kalau aku sempat belaja nak wat entry dgn gambar2 cam ko tuh,aku follow la try luck,if not..takde la..heheh

strawberi said...

tak smsti ngan gamba la..janji tak lari tajuk..jomla cuba nasib..80 org tuh..sempat lagi..

lily lotus said...

all the best ;)

strawberi said...

tq..tq..lily join tak?

intankuterpilih said...

good info mah...aku nak tanya, rayyan minum susu apa??

strawberi said...

rayyan minum anmum dr lahir sampai skang

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Jom Follow