Wednesday, December 23, 2009

Happy Rayyan


Beberapa hari ni..rayyan gembira..sbb nenek ngan tok ayah ada kat umah..rayyan takyah gi umah babysitter..
**yeaay utk mama..sbb takyah packing baju/makanan rayyan. Takyah singgah antar n amik rayyan..blk umah..sume dah siap..double yeayy :p

hari isnin tempohari, syahmi yg gembira..sbb nenek & tok ayah ada kat umah syahmi..afifah pun ade..mlm td syahmi sedey sbb takde orang kat umah dia..jadi..malam td, syahmi dtg umah rayyan untuk jupe ngan nenek ngan tok ayah..so semlm sume gembira..

malam nnt..nak antar nenek ngan tok ayah gi umah ayah long..sbb sok ptg nenek ngan tok ayah serta budak 3 orang tuh dah nk blk kg..mesti rayyan n syahmi sedey..dah takde orang nak layan dorg
sok pi umah pengasuh..rayyan jgn meragam ok!


Sunday, December 20, 2009

Curious kids need to be tough inside

Sebagai ibu..kita risau kan..di mana-mana saja, rasanya ada bakteria..takkan nak sterilize satu umah..kalo bermain diluar rumah, apatah lagi. Kanak-kanak yang aktif perlu membesar dengan sihat dan kuat.


Sememangnya sifat ingin tahu ialah sifat semula jadi setiap kanak-kanak. Mereka gemar meneroka dengan bebas. Lazimnya mereka akan menyentuh setiap benda yang dilihat, merasa semua benda yang dipegang. Sukar untuk kita sebagai ibu bapa mengawal pergerakan mereka 24 jam. Ye lah, sebagai ibu bapa, kita semestinya risau jika anak kita mendapat sebarang kesan buruk sekiranya mereka tidak dikawal.
Seperti kanak-lain, Rayyan sememangnya aktif dan tak boleh duduk diam, tengok saja lah aksi-aksi Rayyan. Sememangnya sebagai ibu, saya juga risau akan perkembangan sistem tubuh badannya tetapi Saya percaya sistem imuniti yang kuat akan membantu mereka untuk membesar dengan sihat dan aktif.

WHY IMMUNITY IS IMPORTANT

Tidak semestinya dengan menghalang anak-anak bermain di luar rumah, mengelakkan anak-anak dari terkena kuman dan virus, akan membantu anak-anak kita hidup sihat dan aktif. TANGGAPAN INI SALAH. Sebenarnya dengan tindakan itu akan melemahkan sistem kekebalan. Kerana apabila mereka terkena kuman, bakteria atau virus, Sistem tubuh badan mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria yang jahat. Oleh itu, jangan lah bimbang sekiranya mereka bermain dengan bebas di luar rumah, kerana ini akan membantu proses tumbesaran dan membina imuniti yang kuat.

Alergi dan Sistem Imun

Sistem imun anak anda akan melindungi tubuhnya dari penyakit, tetapi sekiranya mereka ada sebarang alergi terhadap sesuatu benda seperti debu, bunga dan sebagainya. Mereka mungkin akan bersin, gatal dan sebagainya. Sebagai ibu bapa kita perlu peka dan perlu mengawasi anak kita semasa mereka bermain.

Merangsang Sistem Imuniti

Sistem imuniti tubuh kanak-kanak perlu dirangsang untuk kanak-kanak membesar dengan sihat, biarkan mereka bermain dengan bebas kerana sistem imuniti mereka yang akan menentukan persekitaran itu baik atau tidak.

Penyusuan dan Sistem Imuniti

Susu ibu adalah yang terbaik dan dapat membekalkan imuniti sementara. Ini dapat membantu sistem imuniti pada tahun-tahun awal mereka membesar


TIPS BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU MEMBINA SISTEM IMUNITI KANAK-KANAK

1. MAKANAN BERKHASIAT YANG SEIMBANG



Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang dan pelbagai seperti;

KARBOHIDRAT- Nasi, roti & mi untuk TENAGA
PROTEIN- Susu, tel
ur & daging
VITAMIN, MINERAL & FIBER- Sayur-sayuran & Buah


*pengambilan gula, garam, lemak & makanan segera perlu dikurangkan



2. EXERCISE DAN REHAT


Exercise boleh merangsang sistem imuniti anak anda, exercise yang ringkas seperti bermain sa
mbil menghirup udara yang segar, berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman.

Kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran yang tidak sihat, boleh menjadikan mereka stress, murung. Ini boleh memberikan kesan negatif kepada sistem imuniti mereka. Jadi, luangkan lebih masa untuk anak anada berehat, bersantai dan yang paling penting, mereka mendapat tidur yang cukup kerana pada masa mereka tidur, tubuh dan minda mereka dijana, diperbaiki dan diperbaharui.

3. KASIH SAYANG DAN GELAK KETAWA

Luangkan masa yang berkualiti bersama anak anda seperti melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama mereka seperti membaca, menyanyi dan bermain bersama-sama. Perasaan disayangi ini akan membantu menguatkan sistem imun mereka. Jadi sentiasa berikan pelukan dan ciuman kepada anak-anak anda kerana sentuhan fizikal membantu mereka untuk lebih sihat

4. MENTAL STIMULATION



Galakkan anak anda bermain dengan permainan yang merangsang minda seperti puzzles, music, educational games yang boleh membantu membina daya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah

5. KEBERSIHAN


Latih anak anda untuk menjaga kebersihan. Contoh yang mudah, sentiasa latih mereka untuk membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas menggunakan tandas. Ajar anak anda cara yang betul untuk menggosok gigi. Dengan menjaga kebersihan, kita boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. IMUNISASI


Imunisasi adalah cara yang berkesan untuk melindungi anak anda dari dijangkiti wabak penyakit. Beruntungnya kita di sini, bila bayi dilahirkan, kita akan dibekalkan dengan jadual imunisasi yang perlu diambil mengikut tahap umur dan jenis imunisasi. Jadi, jangan lupa ikut jadual yang telah diberikan. INGAT, Jangan ambil mudah perkara sebegini kerana ia akan membantu anak anda dari dijangkiti penyakit berbahaya.

SIHAT DAN AKTIF

  • Anak yang aktif dan ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup sihat, bermakna anda sekeluarga sihat dan aktif.

  • Amalkan gaya hidup yang sihat dan sayangi anak anda

  • Sentiasa melakukan aktiviti bersama anak anda dan biarkan mereka bermain dengan bebas di luar rumah. (bebas bukan bermakna tanpa pengawasan, anak-anak perlu di awasi !)

  • Aktiviti ringkas seperti bersiar-siar di taman, berbasikal, berenang sekurang-kurangnya sejam seminggu boleh membantu anda sekeluarga hidup sihat.

An Active child, achieves more. Selain dari hidup sihat, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan.



Thursday, December 17, 2009

Karnival cuti sekolah@bukit jalil

dah nak abih minggu..br sempat nak citer hari ahad punya kejadian..hihi

okey..citer ngan pantas..sbb nak siapkan entry contest..plus..bz kat opis ngan event..bukan bz ape pun..bz membeli belah..wakakaka.

AHAD..anak buah aku sorg ade kat umah..afifah..so ajak dia pi jln2 kat karnival cuti sekolah yang tv3 tu..wat kat bukit jalil..ahad last day..so pi sana..cam biasa la..sbg makciknya..aku bg arahan suh bergambar di sini


pastu jupe booth dutch lady...masuk lam benda ni jap je..sbb ramai sgt budak.

pastu pusing2..tgk2 booth yg ade..lebih kurang cam jom heboh..tp tak banyak sgtla..ni lebih pada benda2 berkaitan budak2 je..
paling best pi booth MAMEE..mula2 dpt mkn mamee free..pastu dorg baling2 mcm2 jenis MAMEE...ri tu ms jom heboh..ramai sgt orang..so tak dpt byk..kali ni..org tak ramai...hehe..so banyakla dpt..

sblm tuh..pi booth UPIN IPIN..ada la sume karakter katun tu kat situ..maskot la kan..bli baju utk rayyan ngan afifah..mentang2 ori kan..rm30 sepsg baju rayyan..mahal jugak kan..huhu..

last sblm balik..pi main kat sinini baju budak2 tu..pastu lam plastik..brg2 free MAMEE

tapi takleh lama..sbb nak pi balakong.umah anak buah laki aku..pi mkn laksa kat sana..sbb kak ipar ada sana..pas mkn..ajak dorg beramai2 dtg mkn mlm kat umah lak..so mlm tu..meriah la umah..kul 9 camtu sume blk
gitula citer ahad

Wednesday, December 16, 2009

Sabtu@Menara KL


lepas ke tugu negara..kalo ikut plan nak ke seremban..psl kakak kpd abg ipar aku wat mkn2 sempena naik umah baru kat taman bukit galena, labu
tapi disebabkan dah berada di kawasan kl..lam kete dok tunjuk2 kat budak2 nih bangunan2 kat kl..alang2 tuh.. singgahla jap menara kl

masuk2 je..nmpk ade orang naik kuda..budak2 ni mulala excited nak naik kuda...tanya org yg jaga tuh..dia bitau kalo amik tiket naik menara..dah satu pakej..kalo asing..rm10 utk satu round sorang..**giler cekik darah..pusing tak sampai 100m**

pastu naik atas..tgk kat kaunter..rm38 sorang masuk..termasuk pakej naik menara, naik kuda, f1 simulator, animal zone ngan ape ntah..cam tak berbaloi..mahal giler skang..
so..bawak budak2 nih pusing2 situ..amik2 gambar je..hihi




pastu turun..lalu lagi kat kuda..so budak2 asik dok tgk kuda..ngan muka tingin naik kuda..ade la tourist (indian)..tunjuk tiket naik kuda kat aku..dia kasik tiket tu..dia ckp dia tanak pun..ade la 2 tiket..pas ckp tq..senyum riang gembira la budak2 tuh

satu lagi mslh..tiket ada 2 je..budak ade 3..ape lagi ..buat2 muka kesian kat orang jaga kuda plak..hihi..so dptla guna 2 tiket utk 3 orang budak..bijak..bijak


atiq, anak no 5 kakak aku

anis sofea, anak ke 3 abg aku

afifah, anak ke 3 kakak aku..kakak atiq

nampak muka sonok je..pdhal tiga-tiga kecut perut..ehehe

pastu..tros pi seremban..singgah umah abg aku kat nilai dulu,..lepak jap..pas asar baru gerak pi umah kakak abg ipar aku..mkn2...pastu blk umah abg aku..then br blk umah..afifah ikut blk umah aku..ahad ada aktiviti lain plak..nnt citer


kenduri@tugu negara

okey..sebetulnya bukan dibawah tugu negara atau disebelah tugu negara..tapi berdekatan sahaja...ekeke
dah laki aku ajak kenduri..katanya dekat tugu negara..so @ tugu negara tu..bleh la yer

kalo nak ke tugu negara tuh..tros sket lagi naik atas bukit..ada satu umah or kelab or ape ntah..yg pasti leh berkenduri disitu yer..
sbb budak opis laki aku..aku ikut je laa..pegi awal..sbb nak tgk pengantin sampai..kiranya matahari tgh terpacak atas kepala..kitorg pun dh terpacak kat tmpt kenduri tu lah..aku pi ngan anak2 buah yg 3 org..ade skali

so..mkn2..tgk pengantin sampai..dorg sanding2 jap..pastu mkn beradap..tema is purple..cam lilac color la kot..


pastu alang2 dh area situ..dengan alasan nak bawak anak2 buah berjalan..kami singgah tugu negara..aku pun first time dtg sini..

paksa budak2 nih bergambar tengah2 panas depan tugu..suh dorg tabik..hihi..giler kejam kan..wpun dorg dok komplen panas..amik gamba sampai budak2 tensen..

rayyan dok main kat sini je ngan papa..sbb cuaca sangat panas..

close up sket..payung tuh..tanak lepas..ada hati nak pegang payung..pdhal diri sndiri lagi kecik dr payung
walaupun nampak muka budak 3 org tu agak stress..tp tu lam gambar je..hakikatnya..terlompat2 sonok...ehehe

Tuesday, December 15, 2009

Kesian Rayyan

malam td, lam kul 7 lebih tgh masak2 kat dapur, tetiba papa bawak tunjuk tangan rayyan berdarah-darah..abih ngan tangan papa nya skali..rupanya jari hantu tangan belah kanan rayyan tersepit kat pintu tv kabinet tuh..
yang herannya, si rayyan langsung tak nangis..dia diam je...padahal darah punya banyak kuar..pas basuh luka..papa dukung2 rayyan..sambil pegang jari rayyan yang berbalut tisu..pastu pi klinik..sepanjang jalan pi klinik..dia diam je..tak cam biasa..tatau la kalo dia lam keadaan terkejut ke ape..

sampai klinik..bitau nurse rayyan injured, so nak suh doktor check tros..adala 3-4 orang tgh tunggu turn, tapi kira emergency case kan..so tros masuk bilik..tak lama pastu doktor datang..buh ubat ape ntah..sapu2 kat luka ..tapi dia diam jugak..tak meronta2 cam biasa..

so..dah siap balut satu jari, suh doktor balut satu tangan, sebab nanti dia akan tarik2 balutan tuh..jadikla balutan tu satu tangan..tu pun ble balik umah..dia sebok nak tarik2..tahan je la untuk 2-3 hari...

doktor kasik ubat antibiotik ngan ubat paracetamol (demam+tahan sakit)

pastu dah aktif cam biasa balik..walaupun tangan berbalut..aduhai rayyan..

gambar jari yg berbalut

Monday, December 14, 2009

pi airport

jumaat lps..pas keje..tros pi airport..konon2 nak antar abg long n kak ipar aku pi ke satu destinasi..lepak2 kat nilai dulu..kul 9 camtu..gerak pi airport..abg long n kak ipar aku bwk rayyan naik ERL..aku n laki aku serta anak2 buah pi ngan kete..jupe kat airport...
seb baik rayyan jenis ok...tak mcm syahmi..ihihi..meraung cam kena culik kalo orang lain bawak larik..muahahaha

ni sekeping gamba kat airport..ensem tak saya berbaju belang merah..sepatutnya baju ni dipakai masa celerate birthday..tapi cuaca agak panas ri tu..tak jadik pakai..

pastu pi mkn kfc..main2 kat tepi kfc..ade playland

Blog Widget by LinkWithin