Thursday, April 06, 2006
teater suzana@60
Teater hasil ilham ketua pengarah istana budaya yang amat meminati irama 60-an, dipentaskan di Istana Budaya dari 7 hingga 9 april 2006. Tiket sold out. Persembahan dimulakan dengan celoteh Abon yang cuba mengembalikan memori zaman 60-an. Persembahan permulaan gabungan kanak-kanak dan penari istana budaya serta penari lain memang meriah.
Cerita yang berlatarbelakang kan zaman 60-an ini mengisahkan Suzana (Fazura) yang ditawarkan menjadi penyanyi oleh Jefri (Roy Azman). Dalam masa yang sama A.Mahmud (Zul Yahya) yang juga dalam diam ada hati dengan Suzana, tidak bersetuju dengan keputusan Suzana untuk menerima tawaran Jefri. Tapi Suzana tetap berkeras untuk menerima tawaran tersebut dan menjadi penyanyi.
Kisah Suzana sebagai penyanyi dan juga bagaimana suzana terpinggir apabila muncul penyanyi baru, Zunika (Siti elizad). Dan juga selingan kisah2 lain dan akhirnya A.Mahmud berjaya memikat hati Suzana.
Rasanya teater ini berjaya mencapai matlamat untuk mengimbau memori di zaman 60-an dengan menjemput bintang-bintang 60-an sebagai selingan untuk teater ini. Antara penyanyi 60-an yang terlibat ialah : A. Halim, A. Rahman Hassan, A. Rahman Onn, Adnan Osman, Ahmad Jais, Azizah Muhamad, Fatimah M. Amin, Jefrydin, Kassim Selamat, L. Ramlee, M. Ishak, S. Mariam, S. Roha dan Zam Zam.
Lakonan dan nyanyian Fazura, Zul Yahya, Siti Elizad, Roy Azman juga tidak mengecewakan. Malah percubaan pertama fazura untuk berlakon teater adalah sangat bagus. Teater ini juga akan ditayangkan di tv1 sempena 60 tahun rtm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment