Tuesday, July 13, 2010

Mini muffin pandan

 sekarang ni hujung minggu..hanya oven atau periuk kukus yang berasap..hahah

so..hujung minggu baru ni..buat mini muffin perisa pandan..resepi asal adalah dr sini
ada tukar sket yer..sbb oven kiut aku tuh..tak ok kalo buat muffin biasa..so kena buat muffin kiut jugak..kita tukar jadi mini muffin..dan sebab tamak..aku double resepi nya..hasilnya dapat 80 bijik mini muffin..hehe
oh yer..sbb oven kecik..maka suhu adalah perlu dikurangkan 20 darjah dr resepi asal..iaitu perlu dibakar pada suhu 160 darjah celcius sahaja..selama 18 minit atau agak2 dah masak la..

ok..copy balik resepi kak yani atau klik sini


Bahan-bahan ( 30-40 bijik-  acuan muffin kecik)

    * 90g butter
    * 70g gula halus
    * 1 biji telur
    * 40ml susu segar
    * sedikit vanila esen
    * 110g tepung gandum
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1 sudu kecil pandan emulco


Cara-cara

   1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
   2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
   3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
   4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
   5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180C.


2 comments:

Martuis.Martapau said...

Oit 80 biji sapa nak makan tu. Banyaknya....

strawberi said...

kecik je weh..resepi asal..wat saiz biasa..dpt 6-7 bijik je..sbb aku wat kecik2 dpt 40 bijik.hehe
so aku doublekan..

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Jom Follow