Sampai je kat situ lam kul 10 pagi, bergambar beramai2 depan kompleks tu dulu, then ade taklimat..masa ni la dorg ceritakn usaha dorg dan proses membuat satu2 manuskrip Al-Quran..kalo korang nak tau, satu manuskrip mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan sebelum dicetak. Selama 2 tahun dorg wat research-ni termasuk menghantar beberapa orang penulis ayat-ayat suci Quran untuk belajar tulisan seni khat dan sebagainya. Kemudian mereka yang terpilih ni, akan menulis manuskrip ni (guna tulisan tangan) .proses ni amik masa 2 tahun gak untuk siapkan satu al-quran yang lengkap. then lps disemak beberapa kali, hantar kat KDN semak lagi ..dah approve sume..baru tulis guna dakwat lak..n mcm2 proses laa..baru la siap satu manuskrip quran..
Kami juga berkesempatan untuk tgk manuskrip asal Al-Quran yang terletak dalam bilik kebal kat kompleks ni..mmg cantik
Kat bilik pameran lak, ade motif2 yang dihasilkan untuk setiap juzuk, antara cerita camne motif untuk setiap juzuk yang dihasilkan ialah, ada kaitan ngan malaysia...sebagai contoh, untuk juzuk satu, motif2 yang dihasilkan melambangkan malaysia seperti bunga raya dan sebagainya, juzuk 2 dan juzuk 3 mengambil motif2 dari negeri kelantan..seperti motif yang terdapat di masjid kg laut di nilam puri dan mcm2 lagi, kemudian juzuk 4 dan 5..motif dari terengganu, kemudian kedah dan seterusnya ikut turutan negeri yang mula menerima ajaran islam..dan juzuk2 yang terakhir adalah motif negeri sarawak dan sabah. Tapi lam galeri takleh amik gamba sgt..
Dalam galeri ni gak..ade 2 quran mushaf dari acheh, peristiwa yang diceritakan sangat menarik dan menginsafkan, iaitu quran ni diperolehi dari acheh pada 10 dan 14 Disember iaitu lebih kurang 2 minggu sebelum Tsunami. Tergerak hati orang di acheh ni utk hantar quran mushaf ni ke Yayasan Restu untuk disimpan. Selepas peristiwa tsunami, rumah yang menyimpan naskhah ini, turut musnah dalam peristiwa itu..Subhanallah..
Antara yang menarik lagi, satu peristiwa semasa mereka mengadakan pameran di New Zealand, pameran mushaf ni terbuka pada sume orang, selama beberapa hari dorg kata sana, ramai la yang berkunjung ke gerai mereka, dan selepas mereka balik malaysia, mereka mendapat berita 10 orang wanita new zealand telah memeluk agama islam selepas berkunjung ke gerai mereka...alhamdulillah..
Macam2 lagi peristiwa menarik yang mereka kongsikan...
Kemudian pi tgk dorg wat manuskrip ni, guna emas 24k lagi tu wat border..kalo nmpk gamba ni..ni antara proses awal,..yang kaler kuning tu..emas 24k la tuh
kemudian kat bilik kebal gak..kami dpt tgk al- Quran yang akan di hadiahkan kepada bekas perdana menteri, Tun Mahathir..setiap juzuk dorg wat satu buku camtu..dengan lukisan motif yang sangat cantik (sume lukis dan warna guna tangan) juga tulisan ayat-ayat suci quran menggunakan tangan, takde satu pun yang printed..proses untuk wat quran istimewa ni bermula tahun 2002, dan baru je siap dan bakal dihadiahkan pada Tun nanti..
best la datang sini..insaf jap aku..huhu...sempat pi shopping kat kedai cenderahati kat situ, bli terjemahan..siap bleh tempah tulis nama lam bahasa jawi..
kalo korang berminat leh gi melawat setiap hari..tutup pada isnin dan hari kelepasan umum..
atau tgk web dorg
http://beta.mushaf.com.my/
ni antara penulis-penulis manuskrip, ni dorg tgh tulis nama kat tafsir yang budak2 ni bli..termasuk aku.. :p
Kakak ni antara pelukis motif kat manuskrip, halus je keje dorgni antara yang aku bli...hehe
aku masih kat opis lagi..siapkan report tender nih, isnin ni dorg bersidang, so kena siapkan ri ni gak..stay sorg2 je..huhu..sbb sok lusa aku takleh dtg keje..aku dh plan baik punya..nak pi perak..ade 3 kenduri kat sana ..otw blk ahad nnt, singgah sg buloh, kenduri opismate lak..tata sume
aku masih kat opis lagi..siapkan report tender nih, isnin ni dorg bersidang, so kena siapkan ri ni gak..stay sorg2 je..huhu..sbb sok lusa aku takleh dtg keje..aku dh plan baik punya..nak pi perak..ade 3 kenduri kat sana ..otw blk ahad nnt, singgah sg buloh, kenduri opismate lak..tata sume
No comments:
Post a Comment