Friday, December 20, 2013

NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge : Cottage Pie

.:iklan berbayar untuk 48 jam :) :.


Kali ni nak cuba buat resepi cottage pie menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt




kita citer psl pie ni dlu..ni bukan dessert tau..ini kategori savoury...mungkin nampak sama shepherd's pie ngan cottage pie...hasil dari google menjelaskan..eceh...ayat gitu..cottage pie ni..bahan utama ialah beef...shepherd's pie gunakan lamb yer...sebab ia berasal dari perkataan sheep..gitulah secara ringkasnya..untuk isi dalam tu..kalo ikut asal usul dlu..dorg guna leftover makanan dorg then letak mashed potato kt atas...gitu je..

tapi untuk kali ni..kita bagi resepi dan boleh improvised ikut suka ye..atau ikut selera...agak2 nak rasa asia...boleh tambah paprika ke..serbuk kari ke..serbuk kurma ke..daun limau purut or whatever...agak2 nak italian..tambah mixed herbs ke daun basil ke..ape2 sahaja...

berbalik kepada resepi cottage pie yang aku gunakan, kali ini kita cuba menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt untuk mashed potato yang dijadikan topping tuh

Cadangan hidangan : 2-3 orang
Masa penyediaan keseluruhan  : 10 minit
Masa memasak keseluruhan : 20 minit



Masa penyediaan : 5 minit

Masa memasak : 10 minit

Bahan untuk inti
2 sudu besar olive oil
200 gm isi daging yang dicincang
1/2 cawan lobak merah yang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar holland yang dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/3 kiub ayam
1/4 cawan air
1/2 sudu besar worcestershire sauce
2 sudu besar tomato paste
garam dan pepper


Masa penyediaan : 5 minit
Masa memasak : 10 minit
*di masak serentak dengan inti

Bahan untuk Mashed Potato
2 biji kentang direbus sehingga empuk ~ 200-250 gm
50 gm mozarella cheese
satu sudu besar butter
1 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt 
garam dan pepper

**oven dipanaskan pada suhu 180-200 darjah celcius


Cara penyediaan Inti
1.Panaskan kuali dan masukkan olive oil
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar..goreng sehingga lembut
3.Masukkan daging cincang , gaul dan masak lebih kurang 5 minit
4. Bahan-bahan lain seperti tomato paste, tomato dadu, kiub dan air dimasukkan kemudian perisakan dengan garam dan pepper...hati2 masa masukkan garam sebab kiub mungkin dah masin
5. Masukkan pula carrot dan worcestershire sauce kemudian gaul..tutup kuali tersebut..utk biarkan semuanya masak dan air kering sedikit
6. dah siap...


Cara penyediaan mashed potato
1. Kentang direbus sehingga empuk..utk mempercepatkan proses merebus kentang..seelok2nya kentang dibelah 4 atau dua dan direbus
2. tos kan air rebusan..dan campurkan kesemua bahan seperti NESTLE Natural Set Yogurt, cheese, butter, garam dan pepper
3. Gaul dan lenyekkan sehingga menjadi mashed potato


didalam bekas yang bersesuaian, masukkan inti dan ratakan..kemudian masukkan mashed potato di atasnya dan diratakan menggunakan garfu


Masukkan cottage pie ke dalam oven..dibakar selama 10-15 minit atau sehingga mashed potato berwarna keperangan...


dah siap...
Hasilnya..sedap..rugi tak cuba :))



sebenarnya resepi mashed potato itu..resepi asas mashed potato biasa...so ..lenkali if nak buat mashed potato..bolehla cuba gunakan NESTLE Natural Set Yogurt juga..

Boleh klik disini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai NESTLE Natural Set Yogurt

Selamat mencuba !!

4 comments:

Elyn Sani said...

Sedapnye!! Nanti aku try la... Tq

mek da ©™ said...

sedapnya....

strawberi said...

elyn..cubala...dhla senang je...sesuai nk bawak pi umah org..hehe

strawberi said...

sedap da...eceh...masuk bakul angkat sndiri nih..kihkih

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Jom Follow