Showing posts with label sponsored post. Show all posts
Showing posts with label sponsored post. Show all posts

Friday, December 20, 2013

NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge : Cottage Pie

.:iklan berbayar untuk 48 jam :) :.


Kali ni nak cuba buat resepi cottage pie menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt




kita citer psl pie ni dlu..ni bukan dessert tau..ini kategori savoury...mungkin nampak sama shepherd's pie ngan cottage pie...hasil dari google menjelaskan..eceh...ayat gitu..cottage pie ni..bahan utama ialah beef...shepherd's pie gunakan lamb yer...sebab ia berasal dari perkataan sheep..gitulah secara ringkasnya..untuk isi dalam tu..kalo ikut asal usul dlu..dorg guna leftover makanan dorg then letak mashed potato kt atas...gitu je..

tapi untuk kali ni..kita bagi resepi dan boleh improvised ikut suka ye..atau ikut selera...agak2 nak rasa asia...boleh tambah paprika ke..serbuk kari ke..serbuk kurma ke..daun limau purut or whatever...agak2 nak italian..tambah mixed herbs ke daun basil ke..ape2 sahaja...

berbalik kepada resepi cottage pie yang aku gunakan, kali ini kita cuba menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt untuk mashed potato yang dijadikan topping tuh

Cadangan hidangan : 2-3 orang
Masa penyediaan keseluruhan  : 10 minit
Masa memasak keseluruhan : 20 minit



Masa penyediaan : 5 minit

Masa memasak : 10 minit

Bahan untuk inti
2 sudu besar olive oil
200 gm isi daging yang dicincang
1/2 cawan lobak merah yang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar holland yang dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/3 kiub ayam
1/4 cawan air
1/2 sudu besar worcestershire sauce
2 sudu besar tomato paste
garam dan pepper


Masa penyediaan : 5 minit
Masa memasak : 10 minit
*di masak serentak dengan inti

Bahan untuk Mashed Potato
2 biji kentang direbus sehingga empuk ~ 200-250 gm
50 gm mozarella cheese
satu sudu besar butter
1 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt 
garam dan pepper

**oven dipanaskan pada suhu 180-200 darjah celcius


Cara penyediaan Inti
1.Panaskan kuali dan masukkan olive oil
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar..goreng sehingga lembut
3.Masukkan daging cincang , gaul dan masak lebih kurang 5 minit
4. Bahan-bahan lain seperti tomato paste, tomato dadu, kiub dan air dimasukkan kemudian perisakan dengan garam dan pepper...hati2 masa masukkan garam sebab kiub mungkin dah masin
5. Masukkan pula carrot dan worcestershire sauce kemudian gaul..tutup kuali tersebut..utk biarkan semuanya masak dan air kering sedikit
6. dah siap...


Cara penyediaan mashed potato
1. Kentang direbus sehingga empuk..utk mempercepatkan proses merebus kentang..seelok2nya kentang dibelah 4 atau dua dan direbus
2. tos kan air rebusan..dan campurkan kesemua bahan seperti NESTLE Natural Set Yogurt, cheese, butter, garam dan pepper
3. Gaul dan lenyekkan sehingga menjadi mashed potato


didalam bekas yang bersesuaian, masukkan inti dan ratakan..kemudian masukkan mashed potato di atasnya dan diratakan menggunakan garfu


Masukkan cottage pie ke dalam oven..dibakar selama 10-15 minit atau sehingga mashed potato berwarna keperangan...


dah siap...
Hasilnya..sedap..rugi tak cuba :))



sebenarnya resepi mashed potato itu..resepi asas mashed potato biasa...so ..lenkali if nak buat mashed potato..bolehla cuba gunakan NESTLE Natural Set Yogurt juga..

Boleh klik disini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai NESTLE Natural Set Yogurt

Selamat mencuba !!

Monday, March 18, 2013

Huggies Dry Pants : Tukar untuk lebih senang dipakai

.::sticky for 48 hours-sponsored post::.


First time guna diaper yang pants…and best sangat rupanya..i mean bukan best pakai  sendiri..haha.best nak pakaikan utk anak..budak pun best jugak ble pakai..senang sangat okey..dah anak dua kot..blom pernah terlintas nak beli..sebab rasa cam sama je kot ..diaper biasa atau pant..tapi ble dapat sample huggies seperti ini..siap extra gift..terlebih 
suka..weeee..comel tak beg2 tuh… :)



Pheww..banyak beza ok..kalo diaper biasa..cam bergelut ok ngan si rania..ble nak pakaikan …paling senang kan..ble travel..tukar diaper lam kete pun no hal..sambil berdiri je..sap sap soiii..siap…
Kalo dlu kan..guna diaper biasa..ade beberapa benda yang aku prasan..masalah yg akan berulang





  • diaper yg guna pelekat tuh-mesti rania akan tarik..guna tangan dia yang halus tuh..lambat pakaikan sluar..tros terbukak..
Tukar untuk senang pakai : Dengan dry pants ni..takyah pakai sluar pun takpe..comel je kot..pakai dress..nmpk diaper..hihi

  • bocor-pernah tak korang..bila pakaikan diaper..tersenget…then budak kencing…abih basah cam tak pakai diaper..seriously..aku pernah..i bet..everyone pernah kot? Ye kannn..btol tak..
Tukar untuk senang pakai  ngan dry pants nih..insya allah tak jadi camtu..sebab pakai huggies dry pants…cam pakai seluar la..lps pakaikan..btol2kan sket je…setel…

  • berkejar2 nak pakaikan diaper..ni biasa…blom sempat buat ape2…baru baringkan..dia dh bangun dlu..haishhh sabo je aku..
Tukar untuk senang pakai  : ngan huggies dry pants…of coz tak yah..tak sampai 30 saat..dh siap..


Dengan huggies dry pants…semudah 1..2…3

Koyak jahitan tepi lampin seluar

Salin lampin seluar Huggies seperti seluar dalam

Lepaskan si manja anda



Tadaaa..dah siap..

Kalo nak cuba tukar..boleh request free sample je…korang isi detail kt link ni..nt dapatla sample percuma huggies dry pants

ape2 pun..jom like fb huggies dlu


senang nk tgk ape2 info atau promotion..hehe

Yang penting korang cuba dlu hugggies dry pants yang baru..kalo tak cuba dan tak tukar..mana nak tau kan..jadi..TUKARLAH UNTUK SENANG PAKAI..semudah 1,2,3
KOYAK ..SALIN..LEPAS…gitu aje dehhhh…ape lagi..JOM TUKAR


-------------------

Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia


Thursday, February 28, 2013

Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow

Korang yang ada anak kecik..camne keadaan ble nak pakai diapers eh..uishh.rania kan..skang tgh melasak..orang dh dapat kaki..jadinya mmg nak dok diam..adalah sangat mustahil...jadi..bila sampai masa nak pakai diaper..adalah sangat stress ok...baring..baru nak amik diaper..bukak pelekat...angkat bontot dia..letak diaper..alih2 bagi btol kedudukan..kang nanti senget..bocor pulak -_____-..tutup yg depan..
tu mau dah dua minit ok...ok tipu..seminit sbnrnya.. :p

dia dh bangun dlu..blom sempat buat ape2..tgk..amik gambar pun gegar.. :p

setiap hari..bape kali tukar diaper..setiap kali tu stress..hahaha

and aku dapat tau..huggies ada dry pants...(tak pernah cuba pun sblm nih 0_o)

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

dah pakai pants..nak tertonggeng terbalik pun boleh..hehe


dan bunyinya mcm menarik...so if nak cuba..mesti korang nak yang free aje kan..haha...gimme five..
so..if nak dapatkan sampel percuma...jom ramai-ramai kita ke

Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut: 10.30pagi, 2.00 petang dan 8.00malam.

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!

30 saat atau kurang je ok utk tukar lampin baby...
jadinya kalo ke mydin USJ..selain dapat menikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik! Singgahlah di booth huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah! Mari berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Jangan lepaskan peluang – sertai kami untuk acara yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang! 


weee..yang penting..ade sample percuma ok..

tapi la kan..katalah korang ni memang tak dapat nak pegi..ye la..dok jauh ke ape..
boleh jugak dapat sample percuma...online je beb skang ni..


jadi..jomlah beramai2 kita ke mydin USJ..sekarang sehingga 3 mac 2013..meh kita pakat amik sample free...pastu cuba utk baby...

kalo nak dapatkan any latest update pasal update..jom kita like Huggies Facebook page   www.facebook.com/Huggies.Malaysia


Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia. 

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Jom Follow